SOALAN LAZIM
Sebarang pertanyaan, sila hubungi WOO JUN WEI (Penyelaras Karnival E-KOKO SMK Chaah 2021) di talian 011-1079 0696.
SOALAN LAZIM
Q1: Adakah semua peserta yang berdaftar akan mendapat sijil penyertaan?
Tidak. Sijil Penyertaan akan diberi kepada peserta yang menyelesaikan penyertaan dan berjaya menghantar rekod bukti penyertaan mengikut ketetapan pihak urus setia.
Q3: Berapa acara yang dipertandingkan? Berapa kategori bagi setiap acara tersebut?
Jumlah acara yang dipertandingkan adalah tiga acara sahaja, iaitu E-SPORT (VIRTUAL RUN), E-GAME (MOBILE LEGENDS BANG BANG) dan E-TALENT (UJI BAKAT.
Ketetapan kategori adalah seperti berikut:
E-SPORT
MENENGAH ATAS / MENENGAH RENDAH / TINGKATAN ENAM
E-GAME
MENENGAH ATAS / MENENGAH RENDAH
E-TALENT
Tiada kategori khas, penyertaan terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1-5.
*Kategori Menengah Rendah - Pelajar Tingkatan 1/2/3
*Kategori Menengah Atas - Pelajar Tingkatan 4/5
Q4: Bagaimanakah untuk membuat pendaftaran bagi setiap acara yang dipertandingkan?
Tekan pautan berikut mengikut acara yang dipertandingkan untuk membuat pendaftaran.
E-SPORT: VIRTUAL RUN (TINGKATAN1-5)
E-SPORT: VIRTUAL RUN (TINGKATAN6)
E-GAME: MOBILE LEGENDS BANG BANG (KATEGORI MENENGAH ATAS)
E-GAME: MOBILE LEGENDS BANG BANG ( KATEGORI MENENGAH RENDAH)
Q5: Berapakah yuran penyertaan yang dikenakan bagi setiap acara yang dipertandingkan? Bagaimanakah untuk menjelaskan yuran penyertaan?
Yuran penyertaan bagi setiap acara yang dipertandingkan adalah seperti yang berikut. Peserta boleh menjelaskan bayaran yuran selepas pembukaan semula sesi persekolahan. Pihak urus setia akan mengumumkan maklumat terkini jika terdapat sebarang perubahan.
E-SPORT
RM5.00 / seorang
* Yuran penyertaan boleh berurusan dengan guru tingkatan masing-masing atau Encik Muhammad Rahimi Bin Salikin.
E-GAME
RM5.00 / seorang
* Yuran penyertaan boleh berurusan dengan guru tingkatan masing-masing atau Encik Muhammad Rafiq Bin Muin.
E-TALENT
-PENYERTAAN PERCUMA-
Q6: Bagaimanakah peserta akan dimaklumkan apabila berjaya mendaftarkan diri?
Senarai nama peserta yang berjaya mendaftarkan diri dalam ketiga-tiga acara akan diumumkan selepas tarikh tutup sesi pendaftaran.
Q7: Apakah hadiah-hadiah yang menanti pemenang-pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan?
Para pemenang akan mendapat sijil pencapaian dan hadiah-hadiah menarik seperti yang dimaklumkan oleh pihak urus setia. Bukan itu sahaja, pemenang-pemenang akan mendapat kelayakan untuk menyertai Karnival E-Koko Peringkat Negeri Johor yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai hingga Ogos Tahun 2021.
Q8: Adakah peserta yang menyertai acara "E-SPORT: VIRTUAL RUN" akan mendapat baju t-shirt?
Disebabkan Pelan Pemulihan Negara yang berkuatkuasa mulai 29 Jun 2021, penempahan dan pengagihan baju tidak mampu dilakukan. Oleh itu, pihak kami mengambil keputusan untuk membatalkan tempahan baju t-shirt. Harap maklum.
Q9: Apakah contoh-contoh bakat yang boleh ditunjukkan dalam acara "E-TALENT: UJI BAKAT"?
Para peserta boleh menghasilkan video dengan menunjukkan apa-apa sahaja bakat dengan syarat panel juri dapat menilai bakat tersebut dalam video yang dihasilkan oleh para peserta. Cadangan-cadangan atau contoh-contoh bakat yang boleh dirakam adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah berikut.
Q10: Siapakah panel juri yang dilantik untuk menentukan pemenang-pemenang acara "E-TALENT: UJI BAKAT" bagi sesi penjurian awal?
Barisan panel juri yang dilantik akan diumumkan selepas sesi penyertaan bagi acara "E-TALENT: UJI BAKAT". Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak dilayan.