SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
(UJI BAKAT)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi WOO JUN WEI (Penyelaras Karnival E-KOKO SMK Chaah 2021) di talian 011-1079 0696.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
(UJI BAKAT)
Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga untuk menyertai pertandingan ini.
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar SMK Chaah sahaja.
Penyertaan adalah PERCUMA.
Setiap kelas haruslah menghantar sekurang-kurangnya 5 penyertaan. Penentuan penyertaan bagi setiap kelas akan diagih oleh guru kelas masing-masing.
Peserta boleh menunjukkan apa-apa sahaja bentuk bakat dengan syarat dirakam dalam bentuk video dan membuktikan bakat tersebut.
Peserta perlu membuat pendaftaran dalam GoogleForm yang diberi oleh guru tingkatan masing-masing sebelum tarikh penutupan pendaftaran, iaitu 20 Jun 2021.
Penyertaan akan dibatalkan secara automatik jika pendaftaran dibuat selepas tarikh penutupan pendaftaran atau maklumat yang diisi tidak lengkap.
Penyertaan boleh menggunakan aplikasi yang bersesuaian.
Durasi video adalah tidak melebihi daripada 5 minit termasuk montaj dan kredit penghargaan. Video yang berdurasi lebih daripada 5 minit dianggap tidak layak untuk bertanding.
Hasil video hendaklah sesuai untuk diterbitkan, dipaparkan dan disiarkan dalam segala bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah MP4 dan MOV.
Resolusi minima video yang dihantar adalah 720p.
Peserta bebas menggunakan sebarang gajet / gear yang bersesuaian untuk menghasilkan video yang berkualiti dengan elemen atau unsur-unsur lain berdasarkan kreativiti masing-masing.
Penyertaan adalah secara individu.
Peserta hanya dibenarkan menunjukkan salah satu bakat dalam satu video. Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu video dengan bakat yang berbeza.
Penghasilan video mesti berbentuk Landskap (melintang).
Segala kos produksi dan penerbitan ditanggung sepenuhnya oleh peserta sama ada sebelum, semasa atau selepas penghantaran video.
Setiap penyertaan mestilah merupakan karya asal dan bukan hak milik orang lain. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli / ciplak (plagiat).
Hasil video dilarang menyentuh isu-isu sensitif seperti keagamaan, perkauman, politik dan tidak menghina mana-mana pemimpin, pertubuhan atau individu.
Peserta digalakkan untuk menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar video. Walaubagaimanapun, sekiranya menggunakan bahasa-bahasa lain, diwajibkan menggunakan sarikata.
Kandungan utama yang wajib ada di dalam rakaman video adalah seperti berikut:
- Memperkenalkan diri (Nama/Umur/Tingkatan)
- Bakat yang akan dipersembahkan
- Penutup
Rakaman video hendaklah fokus kepada peserta dari paras kepala hingga pinggang.
Video para peserta akan dinilai sepenuhnya oleh panel juri yang dilantik oleh urus setia berdasarkan kriteria penilaian yang berikut.
- Penampilan (30%)
- Persembahan / Susun atur (30%)
- Kreativiti (20%)
- Keseluruhan (20%)
Peserta perlu menghantar video yang dihasilkan kepada pihak urus setia melalui Telegram di talian 011 – 1079 0696.
Seramai 30 finalis yang disenarai pendek oleh panel juri akan melalui proses penjurian awam apabila video mereka dimuatnaik di YouTube. Penentuan pemenang adalah berdasarkan jumlah Like terbanyak pada video mereka yang telah dimuatnaik sahaja.
Peserta perlu mempromosikan video mereka yang akan dimuat naik di saluran YouTube untuk mendapatkan jumlah Like terbanyak bagi video masing-masing.
Peserta akan mengisi borang kebenaran ibu bapa/penjaga melalui GoogleForm dalam borang pendaftaran.
Peserta yang berjaya menghantar video dan menepati syarat penyertaan layak menerima sijil penyertaan untuk markah PAJSK.
Pihak penganjur berhak untuk menggunakan mana-mana gambar dan rakaman para peserta tanpa menyatakan sebarang pemberitahuan terlebih dahulu.
Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak dilayan.
CONTOH-CONTOH BAKAT