SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
(VIRTUAL RUN)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi WOO JUN WEI (Penyelaras Karnival E-KOKO SMK Chaah 2021) di talian 011-1079 0696.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
(VIRTUAL RUN)
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1-6 mengikut kategori MENENGAH ATAS, MENENGAH RENDAH dan TINGKATAN 6.
Sila menjelaskan bayaran yuran (RM5.00/seorang) dengan guru tingkatan masing-masing atau Encik Muhammad Rahimi Bin Salikin selepas pembukaan sesi persekolahan (DIJANGKA PADA BULAN OGOS/SEPTEMBER).
Peserta berdaftar akan mendapat sijil penyertaan untuk markah PAJSK.
Jarak larian minima bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
MENENGAH RENDAH - 5 kilometer
MENENGAH ATAS - 7 kilometer
TINGKATAN ENAM - 15 kilometer
Peserta yang dapat menghabiskan jarak larian minima sahaja layak mendapat sijil penyertaan untuk markah PAJSK. Peserta yang merekodkan jarak larian paling jauh dapat menyertai kejohanan dan penentuan pemenang.
Pemenang-pemenang bagi setiap kategori layak mewakili SMK Chaah untuk menyertai Karnival e-Koko Peringkat Negeri Johor. (KATEGORI MENENGAH ATAS SAHAJA)
Peserta perlu membuat pendaftaran dalam GoogleForm yang diberi oleh guru tingkatan masing-masing sebelum tarikh penutupan pendaftaran (10 Julai 2021).
Penyertaan akan dibatalkan secara automatik jika pendaftaran dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran (10 Julai 2021) atau maklumat yang diisi tidak lengkap.
Peserta hanya perlu melakukan larian di sekeliling rumah kediaman masing-masing. Semua peserta wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semasa melakukan larian.
Pihak urus setia tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan semasa larian berlangsung jika perkara tersebut berlaku disebabkan kecuaian para peserta sendiri.
Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga untuk menyertai pertandingan ini. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengisi borang kebenaran ibu bapa/penjaga melalui GoogleForm dalam borang pendaftaran.
Peserta hanya boleh menggunakan aplikasi larian yang diiktirafkan, iaitu PACER PEDOMETER. Peserta boleh mengakses pautan berikut untuk memuat turun aplikasi di telefon masing-masing sebelum sesi pendaftaran.
APP STORE (IOS):
https://apps.apple.com/app/apple-store/id600446812
GOOGLE PLAY STORE (ANDROID) :
https://play.google.com/store/apps/details?id=cc.pacer.androidapp&referrer=utm_
source%3Dmypacer.com%26utm_campaign%3DWebsite%2520Referrals
Tutorial memuat turun aplikasi PACER PEDOMETER dan panduan merekod bukti larian boleh dirujuk di lampiran.
Sesi penyertaan ini bermula 15 Julai 2021 hingga 31 Julai 2021. Peserta hendaklah melakukan larian dan menghantar rekod bukti larian dalam tempoh masa ini sahaja.
Peserta haruslah melengkapkan jarak larian dan menghantar bukti tangkap layar (screenshot) melalui GoogleForm yang diberi oleh guru tingkatan masing-masing sebelum tarikh penutupan penyertaan (31 Julai 2021).
Peserta perlu menghantar 3 gambar yang menunjukkan bukti larian semasa mengisi borang penyertaan.
GAMBAR 1&2:
Gambar semasa melakukan larian
(Wajib Memakai Baju Sukan Sekolah / Baju 1M1S)
GAMBAR 3:
Gambar tangkap layar (screenshot) bukti larian dalam aplikasi PACER PEDOMETER
Pihak urus setia berhak untuk menggunakan mana-mana gambar dan rakaman para peserta tanpa menyatakan sebarang pemberitahuan terlebih dahulu.
Pemenang-pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan akan diumumkan selepas pertandingan. Pemenang-pemenang akan mendapat hadiah-hadiah menarik dan sijil pencapaian masing-masing.
Pihak urus setia berhak membatalkan penyertaan jika didapati unsur-unsur penipuan dalam larian.
Pihak urus setia berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau meminda acara pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada peserta, dalam hal ini pihak urus setia akan berusaha untuk memberitahu peserta sebelum tarikh penyertaan.
Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak dilayan.