SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
(MOBILE LEGENDS BANG BANG)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi WOO JUN WEI (Penyelaras Karnival E-KOKO SMK Chaah 2021) di talian 011-1079 0696.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
(MOBILE LEGENDS BANG BANG)
Setiap pemain perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga untuk menyertai pertandingan ini.
Pertandingan ini hanya terbuka kepada pelajar SMK Chaah sahaja mengikut kategori menengah atas dan menengah rendah.
Sila menjelaskan bayaran yuran dengan guru tingkatan masing-masing atau Encik Muhammad Rafiq Bin Muin sebelum 30 Jun 2021.
RM 5.00 / seorang
(SEBELUM 20 JUN 2021)
RM 10.00 / seorang
(SELEPAS 20 JUN 2021)
Satu kumpulan terdiri daripada 5 orang pemain dan salah seorang daripadanya perlu dilantik sebagai Ketua Kumpulan.
Ketua Kumpulan akan dimasukkan ke dalam group Telegram untuk mendapatkan pengumuman terkini daripada pihak urus setia.
Setiap pemain hanya dibenarkan menyertai satu kumpulan sahaja. Penyertaan akan dibatalkan secara automatik jika didapati menyertai lebih daripada satu kumpulan.
Penggunaan bahasa (mencaci, mengutuk, perkataan lucah, dll...) adalah tidak dibenarkan dari sebelum perlawanan, semasa perlawanan, selepas perlawanan. Penyertaan akan dibatalkan dan akan dirujuk kepada Unit Disiplin SMK Chaah jika gagal mematuhi syarat ini.
Penyertaan dibuka untuk 16 pasukan yang terawal berdaftar sahaja mengikut kategori, iaitu sebelum 12 Jun 2021.
Terdapat 4 peringkat yang harus ditempuhi untuk merebut gelaran JUARA dengan kaedah perlawanan Kalah Mati (Knock Out).
- Peringkat Awal
- Peringkat Suku Akhir
- Peringkat Separuh Akhir
- Peringkat Akhir & Penentuan Tempat Ke-3/Ke-4
Pemain perlu memenangi peringkat awal untuk melayakkan diri ke peringkat yang seterusnya.
Dalam setiap peringkat, pasukan perlawanan perlu memenangi 2 daripada 3 perlawanan (best of 3).
Jika pasukan menang atau kalah dua perlawanan secara berturut-turut, pelawanan ketiga tidak akan dijalankan. Pasukan yang menang akan melangkah ke peringkat seterusnya.
Mode Perlawanan yang digunakan adalah mode “Custom Draft Pick”.
Selepas tarikh dan masa Jadual Perlawanan diumumkan, ketua pasukan perlu menghubungi ketua pasukan lawan untuk mendapatkan nombor ID dan IGN (In Game Name) pihak lawan. Pasukan yang berada di atas perlu “create room (custom draft pick)” seterusnya “invite” wakil pasukan lawan ke dalam “room” tersebut.
Perlawanan perlu dimulakan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pihak urus setia. Masa menunggu hanya 15 minit sahaja. Jika pasukan tersebut gagal bersedia dalam tempoh tersebut akan dianggap kalah.
Pihak urus setia tidak akan bertanggungjawab terhadap masalah teknikal seperti bateri habis, gangguan server internet dan sebagainya.
“Spectator” tidak dibenarkan di ruangan “refree”.
Sebarang bantahan perlu disertakan bersama bukti bergambar. Walaubagaimanapun pihak urus setia mempunyai kuasa mutlak untuk membuat sesuatu keputusan.
Pihak urus setia berhak untuk menggunakan mana-mana gambar dan rakaman para pemain tanpa menyatakan sebarang pemberitahuan terlebih dahulu.
Pemenang-pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan akan diumumkan selepas pertandingan. Pemenang-pemenang akan mendapat hadiah-hadiah menarik dan sijil pencapaian masing-masing.
Selepas selesai perlawanan, ketua pasukan yang menang perlu menghantar keputusan perlawanan bersama dengan tangkap layar (screenshot) keputusan perlawanan ke dalam group Telegram pada hari berkenaan.
CONTOH FORMAT:
- 2:0
- TEAM ALI (menang)
- TEAM ABU (kalah)
- 2 Gambar Keputusan Perlawanan
Pihak urus setia berhak membatalkan penyertaan jika didapati unsur-unsur penipuan dalam perlawanan.
Pihak urus setia berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau meminda acara pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada peserta, dalam hal ini pihak penganjur akan berusaha untuk memberitahu peserta sebelum tarikh penyertaan.
Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak dilayan.